Salam untuk semua warga SKSHK

Seperti yang telah ditaklimatkan kepada tuan/puan, program rintis Penilaian Bersepadu ini akan dilaksanakan mulai 8 November 2012 ini. Walaupun tidak semua guru terlibat sebagai calon (hanya guru yang telah mengajar melebihi 3 tahun sahaja), pihak pengurusan sekolah berharap program ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Semua calon dan penilai yang telah dipilih diharapkan dapat memberikan respon yang sewajarnya di Soal Selidik untuk penambahbaikan Instrumen Penilaian ini.

Semua guru dan kakitangan juga diingatkan agar mengisi borang LNPT seperti biasa bagi tahun ini kerana PBPPP ini hanyalah berbentuk rintis dan masih dalam bentuk kajian dan penambahbaikkan. PBPPP hanya mungkin digunakan sepenuhnya pada tahun 2013 atau tahun berikutnya setelah dibuat penambahbaikkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebab itu respon dari pentadbir, penilai dan calon guru amat penting untuk memastikan PBPPP ini sesuai dan boleh dilaksanakan di seluruh sekolah negara ini.

Guru Besar