Salam untuk pelajar UPSR

Esok 26 Julai adalah tarikh yang amat penting dan bermakna sekali bagi anda semua. Esok adalah bermulanya hari di mana persediaan anda untuk menghadapi UPSR sebenar akan diuji sepenuhnya. Sebagai guru, tiada apa yang boleh kami bantu lagi kecuali doa dan harapan kami agar kamu semua dapat menjawab soalan peperiksaan Pra-UPSR tersebut dengan sebaik mungkin.

Seperti mana yang saya pesankan dalam perhimpunan Pagi Isnin sebentar tadi, pelajar sepatutnya telah menggunakan masa cuti hujung minggu lepas sepenuhnya. Seandainya pelajar telah menggunakan ┬ámasa 2 hari tersebut tersebut dengan sebaik mungkin dan sepenuhnya… tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi. Kami semua yakin pelajardapat menjawab dengan sebaik mungkin. Namun begitu, rancanglah masa yang ada supaya pelajar tidak terasa banyak perkara yang hendak dibaca dan dibuat ulangkaji mulai hari ini dan sepanjang peperiksaan berjalan.

Jadilah anak yang sentiasa membawa kebahagian kepada ibu dan ayah. Jadilah anak yang sentiasa membanggakan ibu dan ayah. Jadilah anak yang membuat ibu dan bapa sentiasa menangis dalam kegembiraan.

Tidak ada apa yang mustahil untuk dicapai dalam dunia jika kita benar-benar mahukan dan berusaha dan bergerak untuk mencapai dan mendapatkannya. Jika anak-anak mahu dapatkan 5A… pelajar perlu BACA dan BUAT LATIHAN berulang-ulang. Insya Allah pelajar akan dapat apa yang dicita.

Akhirnya..jangan lupa Sembahyang dan sentiasalah berdoa. SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN PRA UPSR. Kami sentiasa mendoakan anda semua.

Guru Besar