Perhatian kepada semua guru SKSHK…

Sistem pengisian markah ujian dan peperiksaan melalui SAPR telah digantikan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Ini bermakna Sistem SAPR ini tidak akan digunakan lagi. Sehubungan dengan itu semua guru diminta mengisi markah ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran masing-masing menggunakan SAPS secara online. Semua guru boleh memuat turun sistem ini melalui link yang disertakan di bawah.

http://saps.moe.gov.my

Untuk Log in:

Akses Kod : NO. K/P GURU (cth: 823413078524)

Kata Laluan : NO. K/P GURU (cth: 823413078524)

Contoh paparan laman web SAPS seperti di bawah:

Guru-guru juga boleh memuat turun MANUAL UNTUK GURU MATA PELAJARAN melalui link berikut bagi mendapatkan panduan penggunaan sistem.

http://www.spa.jpnns.gov.my

Diharap sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu guru-guru dalam melicinkan proses kemasukan markah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila rujuk kepada SUP Awam dan SUP Dalaman.

Sekian, terima kasih.

SUP SEKOLAH