Kem Kecemerlangan UPSR 2011 ini telah diadakan di Rantau Agro Park bermula pada 8 Mac 2011 hingga 10 Mac 2011. Kem Motivasi ini telah disertai oleh murid-murid tahun 6 SK Serting Hilir Kompleks seramai 65 orang dan diketuai oleh En. Mohd Tamrin bin Ibrahim, juga diiringi oleh 4 orang guru sebagai guru pengiring.

Kem Kecemerlangan UPSR 2011 yang bermula pada hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti motivasi berbentuk kerohanian dan aktiviti lasak bagi membantu meningkatkan motivasi para pelajar dalam akademik juga sahsiah, seterusnya membantu mereka dalam pembentukan jati diri bagi memastikan mereka cemerlang pada masa kini dan hadapan.

Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 SK Serting Hilir Kompleks atas kerjasama dan kesungguhan anda yang sangat baik. Diharapkan para pelajar Tahun 6 akan terus cemerlang dan terus berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang akademik dan sahsiah, serta terus maju demi sekolah kita yang tercinta. Semoga kalian semua akan beroleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 ini. Doa guru-guru SKSHK sentiasa mengiringi kalian.

By: Anira